syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Hilang Part 4
written by //Que at 25 May 2016 & got 0 Comments

Bismillah.
250516; 11:13pm

DO READ THESE CERITA MEREPEKs!
Hilang - Acah Prolog
Hilang - Satu Satu Saya Sayang Ibu
Hilang - Dua Dua Saya Sayang Ayah
Hilang - Tiga Tiga nakgi mana, page ni lah bab 3 ngek.


Endless part a.k.a

Bab 3:-
Anis bersetuju untuk temankan aku petang ni. Aku menoleh ke arah jam dinding. Jam baru menunjukkan pukul 4:15 petang. Ada masa 30 minit lagi untuk aku bersiap. Kami telah berjanji untuk keluar selepas solat Asar. Bimbang kalau jadi apa-apa, hati tenang lepas solat. Kalau ditakdirkan kami pergi menemui Ilahi, sekurang-kurangnya kami dalam keadaan selesai menunaikan solat. Itulah yang ustaz dan ustazah di sekolahku sering ingatkan, sebelum keluar rumah untuk melakukan sesuatu perkara biarlah dalam keadaan berwudhuk atau dalam erti kata lain sudah menunaikan solat fardhu. Barulah hati jadi tenang.

Semasa menunggu kedatangan Anis, aku duduk sebentar di ruang tamu sambil berborak dengan nenek tentang hal pelajaranku disekolah. Nenek sangat prihatin tentangku. Sayu hatiku apabila teringatkan umi. Kenapalah bukan umi yang berada di tempat nenek sekarang ni, prihatin dan sayang akan diriku.
‘Please go away all bad thoughts, stay positive Airisya!’ bisik hati Airisya, memujuk.
‘Ya, umi dengan abi pergi mencari rezeki. Bukan untuk sesiapa, untuk kami adik beradak jugak. Kau kena faham Sya. Lagipun, bukan mereka tidak kisah pasal aku, setiap hujung bulan ada sahaja wang yang dikirim. Mereka ingat kau Sya.’ Aku menasihati diriku.

Cuma mereka lupa tentang kau yang dahagakan kasih sayang mereka. Aku mengeluh. Aku rindukan mereka. Hm...

Asyik bermain dengan perasaan, aku sampai tidak sedar bahawa Anis sudah berada di luar rumah. Dia memanggil-manggilku beberapa kali. Nenek sudah masuk ke dapur, sebab itu dia tidak dengar panggilan Anis. Datuk pula mungkin masih berada di masjid. Aku menarik nafas panjang seolah-olah memberi sedikit semangat kepada diriku. Aku bangun dan menjengah ke luar tingkap lalu memberi isyarat supaya tunggu sebentar. Aku hendak meminta izin dengan nenek sebelum keluar rumah.

Kami berjalan kaki menuju ke stesen bas berdekatan. Sambil menunggu bas, aku singgah ke kedai untuk membeli ais krim. Vanilla untuk aku dan Coklat untuk Anis. Aku tersenyum sendiri. Selepas membayar wang, aku keluar dari kedai. Kelihatan seorang lelaki sedang memujuk seorang budak kecil yang sedang menangis. Mungkin adiknya. Aku tidak nampak muka lelaki itu kerana dia membelakangiku. Kemudian aku mendekati budak kecil yang teresak-esak menangis. Niatku ingin menolong lelaki itu yang sedang  cuba memujuk.

“Adik, kenapa menangis?”Aku sekadar bertanya tanpa melihat muka lelaki itu.

Lelaki itu sekadar menjadi pemerhati. ‘Wah, anggun sungguh gadis ini. Hidungnya mancung, berkulit kuning langsat, tudung labuh pulak tu.’ Dia memerhati gadis itu. ‘Mungkin dari keluarga yang alim, pandai menjaga aurat..’ desis hatinya.

Sambil menangis teresak-esak, dia memberitahuku bahawa dia inginkan ais krim tetapi abangnya tidak mahu membeli ais krim itu untuknya.

“Bukan tidak mahu beli, cuma saya tak bawak duit dari rumah. Dompet saya tertinggal.”Lelaki itu menyampuk.

Aku membiarkan saja lelaki itu.

“Hm, kalau macam tu, adik ambik jelah ais krim akak yang baru beli ni. Nak perisa vanilla ke coklat?” aku bertanya mesra.

“Terima kasih, kakak!” dia kelihatan gembira setelah mendapat ais krim vanilla kesukaannya. Lelaki itu turut berterima kasih kepadaku kerana menolongnya memujuk adik lelakinya itu. Aku bangun dari dudukku.

Spontan tanpa diduga, kami saling berpandangan.

‘Handsome juga mamat ni,’ bisik hatiku, agak teruja dengan ketampanannya. Aku leka seketika. ‘Kalaulah aku dapat calon suami handsome macam ni... tak cari lain dah!’ aku terus berangan-angan.
Lamunanku terhenti serta merta apabila terdengar suara Anis dari stesen bas memanggil-manggil namaku.

“Syaa! Bas dah sampai ni. Cepat lah sikit.” Aku terus berlari ke arah Anis dan membiarkan lelaki tadi termangu-mangu. Aku cuma sempat melambaikan tangan ke arah adiknya sahaja. Dalam keadaan tergesa-gesa aku menaiki bas dan mencari mana-mana ruang untuk duduk. Aku letih berlari tadi.
Setelah mendapat tempat, aku terus duduk dan mengambil air mineral yang memang aku sediakan di dalam beg galasku. Anis hanya menggelengkan kepalanya. Aku memberikan senyuman kepadanya, aku tahu kelakuanku tadi tak ubah seperti kebudak-budakkan! Teringat akan ais krim yang kubeli, aku lantas memberikannya kepada Anis. Anis memandangku pelik.

“Eh, satu je? Kau punya ais krim mana?

“Oh, aku punya aku dah bagi kat budak yang menangis tadi. Tu yang lambat.. sorry eh? Hehe..” aku berterus terang, takut dileteri oleh nenek yang tak diiktiraf ni.

Aku teringat akan lelaki kacak tadi. Terasa macam pernah jumpa, tapi tak ingat dimana. Setelah meniliti rupanya di fikiran, aku tiba-tiba menjerit, terkejut. Anis yang sedang membuka balutan ais krim itu juga turut terkejut. Nasib baik tidak ramai yang berada di dalam bas itu, kalau tidak pasti malu dibuatnya. Lelaki tadi, lelaki yang pernah muncul dalam mimpi aku! Mimpi semalam. Ini benarkah? Atau hanya khayalanku semata-mata? Aku memandang Anis disebelahku, dia juga memandangku. Tapi pandangan yang tertanya-tanya. Aku tergelak kecil.

“Beb, kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?”

“Ish, ingatkan apalah tadi. Siapa?” dia bertanya kembali kepadaku dengan menyuakan ais krim ke mulut.

“Cubalah teka!”

“Malaslah aku nak berteka-teki ni. Malas nak serabutkan kepala. Terus terang ajelah, kan senang..”
“Kau ingat tak lelaki yang aku cerita kat kau pagi tadi? Lelaki yang tiba-tiba masuk dalam mimpi aku malam semalam? Aku jumpa dia tadi!”ceritaku, teruja.

“Kau biar benar? Seriously? Eh, kau nak gurau pon agak-agaklah, Sya. Tak mungkinlah!” ujar Anis tidak percaya sambil memukul lenganku perlahan.

“Betul.... Muka dia, rambut dia, mata dia, hidung dia, persis dengan lelaki dalam mimpi aku! Dan yang paling penting, senyuman dia. Boleh melting kot!”aku mula membayangkan lelaki kacak itu.

Entah kenapa, jauh di sudut hati aku mula rasa sesuatu perasaan yang entah apa. Aku tidak tahu..


----------------------------------------------------

HAHAHAHAHAHA menyampah pulak aku baca. part--

‘Wah, anggun sungguh gadis ini. Hidungnya mancung, berkulit kuning langsat, tudung labuh pulak tu.’

paling tak boleh blah. hahahahahahaha tapi paragraph awal tu cem sedih sikit :')))

I do admit that ada certain things yg mmg ada berkait dgn real life aku. tapi well just anggap ni cerita merepek budak tak matang hahaha. about the dreams and day-dreamings in this story, mostly daripada mimpi bcs I remember I once created a blog where I write "what was my dream last night" so that I could always remember the beautiful dreams I had dreamt. tapi malangnya, aku lupa url blog tu huhu. em btw ada satu lagi cerita that I wrote in the same year as I wrote this Hilang. kalau aku rajin aku update sini-- motif? ntah. hahahahaa about the ending, kau imagine sendiri lah. hoho chaw