syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Hilang Part 3
written by //Que at 25 May 2016 & got 0 Comments

Bismillah.
250516; 11:01pm

Bab 2:-

Setelah bersarapan, aku bersalaman dengan datuk dan nenek sebelum ke sekolah. Aku menyusun langkah berhati-hati menuju ke rumah Anis. Kami sering berjalan kaki ke sekolah, ia seperti senaman pagi. Bukankah itu aktiviti yang sihat?

Dalam perjalanan, aku diam membisu. Tetapi, kepalaku masih memikirkan siapakah lelaki yang muncul dalam mimpiku semalam. Sedar akan kelakuanku yang menyepi, Anis menegurku.

“Eh, kenapa kau senyap je. Selalu pagi-pagi kau lah makhluk dalam bumi ni yang paling bising.”

“Erm? Aku pulak, bukan kau ke?” aku memberi jelingan. Hanya sekadar gurauan.

“Fine! Aku jugak yang kena.”
Aku ketawa.

“Tapi, kau takdelah diam macam ni. Ada pape yang kau sorok dari aku ke?” sambungnya lagi.

“Nanti aku cerita!” jawabku gembira. Lalu aku tinggalkan dia jauh kebelakang.

“Syaaa! Tunggulah aku!” jeritanya dari belakang.

“Kringggg! Kringg!” Loceng sudah berbunyi menandakan kelas Tafsir telah habis. Selesai sahaja mengemas, aku tergesa-gesa keluar dari kelas kerana ingin berjumpa dengan Ustazah Munirah sebelum aku turun ke kantin. Aku ingin bertanyakan tentang latihan bola jaring petang nanti.

Dari jauh, Anis sedang melambai-lambai dari tempat biasa kami makan. Aku tersenyum. Latihan bola jaring petang nanti telah dibatalkan kerana ustazah Munirah ada hal penting di luar. Jadi, latihan ditunda kepada hari esok. Setelah membeli sepinggan nasi ayam dan segelas air limau ais, aku kembali ke tempat Anis berada. Anis belum makan apa-apa kerana menungguku untuk makan bersama. Sebelum menjamah rezeki yang ada di depan mata, kami menadah tangan membaca doa makan bersama-sama. Itu adalah amalan kami dari awal tahun kami menjejakkan kaki di sekolah ini.

Semasa makan, Anis mengingatkan aku tentang perkara yang aku ingin ceritakan kepadanya pagi tadi. Bersungguh-sungguh dia memaksa aku ceritakan.

“Ish, kalau ye pon tunggu lah aku habis makan.”

“Takde, takde. Nanti kau lupa, aku ni bukan nak ingat sangat pon. Ceritalah Syaa..” dia seolah-olah merayu.

Akhirnya, aku akur selepas mendengar ugutan Anis untuk memberitahu si pahlawan Melaka, Jebat Iskandar yang aku ingin berkawan dengannya. ‘Ah! Anis, ada-ada saja dia ni. Nak ugut pon, gunalah cara lain.’ Rungutku di dalam hati.

“Tak payah nak buat muncung sedepa, Sya. Cerita cepat!” Anis memaksa lagi.

“Yelah, yelah.” Lalu aku ceritakan semua yang berlaku dalam mimpiku semalam. Anis pula terlalu excited mendengar.

“Ada hensem macam Kay tak?” Anis bertanya. Khairul Syamil adalah pelajar tingkatan empat merangkap teman sejati sehidup semati pahlawan Melaka. Anis telah meminatinya sejak pertemuan pertama mereka di makmal sains.

Aku telah menduga soalan itu yang dia akan tanyakan kepadaku. “Takk! Hensem lagi mamat dalam mimpi aku tu.” Bantahku. “Tapi, aku tak kenal pon siapa dia. Tak pernah jumpa pon sebelum ni. Hm, kenapa dia jugak yang muncul dalam mimpi aku semalam?” Aku menarik muncung lagi. Keluhan panjang aku berikan.

“Jodoh kau kot?” Jawab Anis selamba.

‘Hmmm, maybe...’ Hatiku bersuara.

Setelah habis makan, kami jalan seiringan menuju ke kelas. Kemudian, aku terfikir sesuatu.

“Anisss....” aku memanggil Anis dengan lenggok nada selembut mungkin.

“Hm?”

“Petang ni free tak? Teman aku pergi kedai buku boleh? Sebab latihan netball petang ni kene postpone esok.”

“Petang ni? Hmm, nak beli buku rujukan ke novel?” Dia menduga tepat!

“Hehe, kau ni tahu-tahu je.. Boleh lah eh? Dah lama aku tak ngadap novel. Nanti aku belanja kau makan.” Memang caraku memujuk Anis dengan makanan. Maklumlah, dia ni cinta amat dengan makanan. Tak diragu-ragukan lagi!


***gatai nohhhh hang dulu, tak padan budak nak pmr tak sedaq diri *sambung gelak*