syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Hilang Part 2
written by //Que at 25 May 2016 & got 0 Comments

Bismillah.
250516; 10:54pm

Bab 1:-
Usai solat Isya’ aku terus terbaring di atas katil. Kepenatan masih terasa selepas aku berlatih bola jaring petang tadi. Aku mengeluh panjang lalu mengambil komputer riba yang dihadiahi oleh abi kerana berjaya memperoleh 5A semasa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)dua  tahun lalu. Komputer riba itu aku hiaskan dengan cover yang bercorak. Yang jelas dengan warna pink dan purple, warna kegemaranku!

Setelah komputer riba itu aku hidupkan, pantas jari jemariku menaip laman web twitter untuk di sign in. Inilah kerjaku apabila tiada kerja hendak dibuat. Tweet, tweet, dan tweet. Kadang-kadang sampai tertidur depan  komputer riba! Kebiasaan penyakit inilah yang dihidapi oleh pengguna laman sosial seperti ku.  Selain twitter, jariku juga pantas menaip laman sosial blogger milikku serta akaun Facebook.

“Tonight, I wanna give my attention to my dear blogger, twitter and facebook!” Jeritku perlahan. Menyedari kelakuan itu, aku terus menakup mulutku dengan kedua belah tangan. Takut didengari oleh datuk yang sedang berbual dengan nenek di ruang tamu. Maklumlah, datukku sangat teliti dalam hal mendidik dan menjagaku. Segala yang dijadualkan, harus aku patuh. Sepatutnya, selepas solat aku harus mengulangkaji pelajaran. Tetapi, aku telah memberi alasan untuk mengelat dengan mengatakan kepalaku sakit. Nakal sungguh!

Malam itu, aku ingin menukar wajah blogku agar kelihatan lebih menarik. Tekun aku menyusun kod HTML nya. Di tambah warna yang ceria dan doodle-doodle yang comel, blog ku kini kelihatan sungguh keanak-anakan. Ah! Biarkan, aku kan baru 14 tahun. Haruslah ada unsur kecomelan di blogku. Baru ramai yang akan tertarik! Jika aku kehilangan idea, aku akan berselang seli dengan bermain twitter dan facebook. Ini supaya aku tidaklah kelihatan bosan dengan melayan karenah rakan-rakanku di alam maya ini.v
Khusyuk bermain dengan komputer ribaku, tengok-tengok sudah larut malam. Aku mula berasa mengantuk. Sudah beberapa kali aku menguap. Setelah menyimpan segala data, aku matikan komputer riba itu. ‘Nanti-nantilah sambung mengedit, lagipun tinggal sikit je lagi. Boleh siapkan ni..’ Bisik hati kecilku. Kemudian aku mengambil wudhuk seperti yang datukku terapkan selalu sebelum hendak tidur. Setelah lampu meja dipadamkan, kini aku dibuai mimpi yang indah.

Aku didatangi seorang lelaki yang tinggi ketika berada di sebuah taman bunga lavender. Dia menyapaku dari belakang, aku terkejut. Dibelakangnya ada sekuntum bunga lavender yang sangat cantik, lalu dia berikan kepadaku. Aku mengambilnya dengan hati yang gembira lalu menghidu bau bunga itu. Kami kelihatan begitu mesra seperti sudah kenal bertahun lamanya.

Aku terbangun daripada mimpi yang indah. Terukir senyuman di bibirku. Siapakah dia? Siapakah lelaki yang muncul dalam mimpiku semalam? Aku tidak pernah jumpa pon dengannya sebelum ni. Orangnya tinggi lampai sepertiku. Aku cuma rendah beberapa inci sahaja. Rambutnya ikal keperangan. Memiliki hidung yang mancung dan kulitnya putih kemerahan. Dia juga memiliki mata kuyu, seperti orang yang baru bangun dari tidur. Hm, siapakah dia? Kepalaku giat memikir.

To be continued... HAHAHAHA KUAT GILER BERANGAN SYAHIRAH TU!