syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Pengalaman UKCG 2016
written by //Que at 12 Apr 2016 & got 0 Comments

Bismillah.
110416; 10:28pm,

As promised, (at previous post) I wanted to share my own experience attending UKCG (it stands for ujian kelayakan calon guru) at IPDA.

So petang sabtu, sis bertolak dari Bidor lepas maghrib nak ke Jitra. Around 1am baru sampai TTM-- Taman Tengku Maheran. At first I thought teman tapi mesra tau ekeke.


Holaaaaa, Im here!

Memang sampai homestay je aku mandi pastu double check barang barang. yang aku rasa bebal giler bila aku terlupa bawak pencil case. hahahaha nasib lah sempat singgah mydin pi beli kejap. walhal dia suruh bawak pencil 2b sebatang pemadam seketui ja kot. hahaha after dah konfem semua barang ada, tidur ahh apa lagi.

6.30am-- aku dah siap. tolonglah percaya! haha tak tahulah kenapa excited sangat. lol. pepagi leklek jap dengar lagu sambil breakfast-- ok here is the advice, tolong sarapan pagi. tapi bukan makanan berat. nanti korang ada ukf, nak lari lari. so uguys really really need energy to do the test soon. aku pun just minum susu dengan my fav roti, muffin massimo. so yummeh!


7:00am-- jom pergi IPDA, the real name is institut pendidikan guru kampus darulaman but orang panggil ipda je. Memang dekat giler dengan homestay, tak sampai 10 minit pun dah sampai. sungguh. sampai je tanya guard tempat ujian buat kat mana. guard tu comel weh cakap loghat kedah. ceq sukaaa! hahahahaha. loghat utara is the best. no doubts. ehihi. kemain abi pusing pusing kampus sebab tak ramai lagi yang sampai. aku boleh dikatakan orang kedua lah since ada makcik tu dari perlis mai hantar anak dia. umi sembang sembang aku pun tadah telinga, nak join menyembang not my type ok. aku lagi suka jenjalan tengok kampus, ambik gambar kitkit ehihi.

a view from my car at 7:07am.

8:00am-- time ni lecturers dah bagi taklimat. so lepas uguys dah tanda kehadiran and dah tahu uguys punya number meja, uguys nanti kena bawak masuk dewan only 4 things-- surat tawaran ukcg, borang kehadiran, ic, pencil pemadam. tu je. surat beranak yang dia bagitahu dalam surat tawaran tu pun tak perlu sangat. tapi aku terbawak masuk dalam dewan hahahahaha. aku main selit je antara borang dengan surat tawaran, takdela obvious sangat. kahkah

8:20am-- ujian bertulis started. even dalam surat bagitahu ujian start 8:30 tapi kitorang start awal. mula awal habis awal, kan kan. hihi. so basically ujian bertulis ni soalan objektif yang ada dua pilihan jawapan dan ada dua bahagian--

Bahagian A- 135 soalan (30 minit)
If uguys wonder what type of question yang kitorang jawab, soalan dia tak susah weh. sungguh. hang jawab ikut kepala otak hang je. bahasa penjajah cakap guna common sense je. soalan tak susah macam spm hang dulu dulu. tapi-- haaa ada tapi. masa memang ngam ngam je untuk korang baca, jawab dan tandakan dekat kertas omr. aku jawab semalam, alhamdulillah sempat. ada masa kurang 5 minit untuk usha student laki ecece takde ah aku duk usha jam je bila laaa nak habih :3

Bahagian B- 60 soalan (15 minit)
This one, jenis macam soalan psychology je. pilihan jawapan ada empat--tidak benar sama sekali, tidak benar, benar, dan sangat benar.

Contoh-- anda pernah merasa hidup ini tidak bermakna lagi.
            -- anda rasa mati lebih baik daripada menderita.
            -- anda pernah terdengar suara halus

kalau tanya aku, memang pilihan jawapan aku jawab A je banyak. hahaha. see? tak susah pun.

9:05am--yeayyy dah habis ujian bertulis. lepas lecturers kutip kertas jawapan, ada taklimat pasal ukf pulak. walaupun dalam surat tawaran dia bagitahu uguys kumpulan satu, nanti masa ukf belum tentu uguys dapat kumpulan sama. macam aku-- at first dia bagitahu aku kumpulan satu, but disebabkan ramai calon guru ecece, ramai student tak datang, so aku dicampakkan dalam kumpulan dua. lepas dah divide kumpulan, korang kena isi borang ukf then akak abang fasi akan bagi number tag untuk korang. uguys boleh take time utk siapkan diri 30 minit je. oh ya, lagi satu, jangan lupa borang sac01 (surat akuan calon 01) jangan jadi macam aku, lupa sign ibubapa. hahahahaha kalut la keluar dewan call abi suruh datang sign borang. nasib baik dekat! huhu anak abi mestilah abi datang ekeke

10:00am-- beratur dalam kumpulan. and nanti akak abang fasi akan kutip borang sac01 and korang diminta untuk pakai number tag kat lengan. since nama aku start with Nik, aku dengan muka pasrah tergolong dalam kumpulan laki. nak dijadikan cerita kenapa aku tak suka dengan teammates aku, depa ketegaq sangat wehhhh! orang suruh beratur ikut number tag, depa ikut suka kepala depa ja, beratur ikut dan. daripada start ukf, sampailaaaah habis. tak pasal pasal asyik kena marah dengan akak fasi. tsk tsk. Haih kalau dah namanya lelaki~~~~

But thank god I was a teammate to two girls who are Azila from Lekir and Anisiah from Bainun. Ehihi so kitorang bertiga je perempuan. yang lain semua lelaki.

Dah settle semua, then akak abang fasi akan lead untuk warm up. kitorang buat ujian kecergasan fizikal ni dekat hall yang sama kitorang ambik ujian bertulis tadi. for girls, korang no need nak malu malu untuk buat warm up even ada laki tau. srsly nanti korang yang merana sebab test nanti bukan biasa biasa. naknak lagi for people yang dah lama tak keluarkan peluh. maklumlah lepas spm, duduk rumah berbulan, selain tanam anggur korang juga adalah penternak lemak yang berjaya. kan? hahahaha so do it right! *winkwink*

basically korang ada 5 stations dan korang kena bergerak in group untuk physical test nanti.
--bmi test (15 marks)
--bangkit tubi bervariasi (15 marks)
--push ups non stop (15 marks)
--jangkauan melunjur (15 marks)
--bleep test (40 marks)

it was random test tau, uguys tak semestinya ikut turutan station. it all depends on your group habis awal or not.

if my group, we started with variation sit ups. tak susah kalau uguys tahu teknik dia. just buat sekali untuk satu variasi.
first-- bangun, tapak tangan sentuh lutut.
second-- bangun, siku sentuh lutut.
third-- tangan bersilang, which means tapak tangan kanan pegang siku kiri and vice versa, bangun sentuh peha.
forth-- tapak tangan bersilang letak kat belakang leher, bangun.
fifth-- tapak tangan kanan sentuh skapula kiri and vice versa, bangun.

aku tak lepas level 5. hahahahahahahaha pity me

then jangkauan melunjur station. takyah explain lah kot. uguys mesti pernah buat masa segak dulu. bak kata lecturer tu, kalau hampa tak pernah buat cikgu hampa terokk. hahaha basically uguys kena dapatkan 30 above baru dapat full marks. aku buat tiga kali kot sebab lecturer tu kata salah cara. at first aku dapat 33, second 30 and the third one, aku all out but dapat 26 je. hampeh sungguh. sakit belakang  aku je T__T

dah settle kitorang pergi bmi test station pulak. ni lah station paling senang. just bukak kasut, ukur tinggi, ambik berat. siapa ambik ukuran? akak abang fasi. siapa kirakan bmi? akak abang fasi. see? tak susah pun.

station kedua last, push ups non stop. uguys mestilah dah tahu yg push up perempuan dan lelaki was totally different kan? dont worry, akak abang fasi akan tunjuk demo dulu before uguys start the test. macam another test, uguys kena dapat 30 above baru dapat full marks. what I really love about this station bila tengok my teammates buat push ups. Im so amazed sampai jaw dropped kot. hahaha fighting fighting, seorang syahirah memberikan semangat kepada teammates nya. mine? again, I just can make 26 times je hahahahahaha. ujian memang betul betul ujian bila aku dapat abang fasi cina yang kira kalau boleh nak bagi satu hall dengar. lagi tabah bila mat aku buat push ups betul betul depan puak puak lelaki. sadisnya. T___T

tenenenenee, the last and the hardest test-- bleep test.
uguys kena lari 20m ulang alik. sounds so easy kan? cer kasi try test tengok. semput. this test ada level level nya.

contoh-- level 1.1, level 1.2, level 1.3, level 1.4, level 1.5, level 1.6
           -- level 2.1, level 2.2, level 2.3

and etc, jenuh lah hakak nak listkan level dia. let me highlight u one thing. semakin meningkat level, semakin singkat masa untuk korang lari. if uguys tak sempat sampai dekat garisan, uguys akan dapt kad kuning, and if uguys make the same mistake, uguys dapat kad merah and automatically, uguys dah out. game over dude.

semalam, lelaki mula buat bleep test dulu. serentak. semua lelaki. pasai kaum adam sikittttt je. and another thing to amaze, lelaki ada yang boleh lari sampai level 7. woahhhhh. fighting fighting. oh well, he was a football player, so no wonder lah kan. aku? sampai level 3 lebih, almost level 4 tapi abang fasi kata aku out. even aku rasa time tu aku baru dapat sekali kad kuning. masa tu tinggal 5 orang perempuan, lima lima sekali out. but then, abang fasi cakap dengan slang cina-melayu dia

"eh youu, why stop ha? you tak out lagi maa"

I was like-- haa? tadi kata out? and dia cakap "bukan laa, saya kata empat yang lain tadi, bukan you" hahahahahaha dude ingat kelakar ke? aku pun takleh buat apa, dah stop takkan nak sambung lari pulak kan. dah konfem konfem tak sempat dah. jadi perbualan kami tamat dengan aku pandang dia, dia pandang aku. aiyooo apek. memang tagline aku sekarang adalah redho dan pasrah.

show off sikit muka penat lepas ukf, hihihi oh btw meet my friend, Farah Aisyah from kisas ;)


12:20pm-- Yeayyyy dah habis. since semua orang dah balik, and aku sorang sorang je, menunggu abi, so the first person I make a call is Syamira. hahahaha aku sunyiiii~

Ok the end. Terima kasih sudi baca sampai habis hahaha. Selamat malam, naaah bunga 🌹

Ps: Peh apak panjang. amende lah aku bebel ni.

syhrh.
120416; 12:02am.

Labels: , , ,