syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Throwback 3rd March
written by //Que at 24 Mar 2016 & got 1 Comments

Bismillah.
240316; 09;38pm

Harini, genap tiga minggu selepas result SPM was announced. Maka dengan itu, izinkan aku untuk men-throwback moment moment indah yang bercampur sedih sehinggakan aku tak tahu nak tafsirkan perasaan tu. ciss poyo betul.

"Benda yang kali pertama dilakukan pastinya meninggalkan kesan yang mendalam-- seperti kali pertama melangkah masuk alam persekolahan, kemudian kali pertama masuk matrikulasi, kolej atau universiti. Pengalaman itu sememangnya meninggalkan memori yang tidak akan kita lupakan."-unknown 2016

------020316------
Sehari sebelum hari keramat bagi semua students batch 98, aku tak lena tidur. Mungkin bukan aku sorang je? Mungkin ramai tak senang duduk atau bahkan semua students? Hahaha. Aku tak lena tidur, ada dua sebab. Satu, absolutely sebab serabut kepalahotak pikir result spm yang bakal aku tahu esok pagi-- dan tak lupa jugak, expectation orang lain kat aku. Macam mana aku tak dapat banggakan umi abi? Macam mana kalau makcikpakciknenekatokpaksepupuduapuputigapupu comparekan result aku dengan orang lain? Apa umi abi rasa? Kalau aku tak cemerlang macam mana? Ntah2 abi suruh kawen terus? Takyah sambung belajar? Gelap masa depan. Haaaaa begitu teruknya negative thinking aku malam tu. Tapi-- jauh di sudut hati yang paling dalam, terbit satu perasaan tawakkal dan redhooooooo. Walau seteruk atau secemerlang mana pun result yang aku dapat esok, it wasnt the end of world. It just a starter pack of "baru nak kenal kehidupan". Aku tanam semua tu dalam hati dan kepalahotak aku. Tawakkal dan bersyukur seadanya.

Dan, sebab nombor dua. Ainaa. Aku pikirkan ainaa. Dia kena tahan wad sebab ada jangkitan kuman dalam darah. Saat esok rakan sekelas berkumpul, dia takdek dengan kitorang. Saat rakan sekelas berkongsi detik indah dan sedih, dia takdek dengan kitorang. Terus hilang mood aku untuk hari keramat esok. Pada saat itu, aku lebih risaukan keadaan dia berbanding dengan result aku. Result teruk boleh repeat, kalau nak. Result teruk bukan pengakhiran segala galanya. Tapi kawan baik sorang, susah nak cari. Takdek ganti oi. One in a million kot. Jadi, aku terus berdoa agar kesihatan Ainaa bertambah baik dan cepat pulih. Dan-- aku tahu dia kuat J

------030316------
Ayam belum berkokok, group kelas dah mula berkokok dulu. Kecoh betul. Pukul 10am kitorang (the.antisocial) gather dekat depan pss. Dah cukup korum baru masuk sekolah. Depan koperasi kecoh lagi, aku dah check-kan result via sms untuk Ainaa and kitorang semua dah tahu result dia. Lepas aku forward result Ainaa dekat mama (Mama Ainaa) aku pun tergedik gedik nak check jugak. Lepas tu semua pakat nak check jugak tapi takut acah gelabah HAHA.-- and semua orang check but dah janji taknak tengok sampailah kitorang masuk dewan. huhu

Masa cikgu tengah bebel kat atas pentas, aku ws umi tanya umi datang sekolah ke tak. Tapi-- huhuhu umi call and umi cakap umi tengah mengajar time tu so takleh datang. Sedih lah jugak. hahaha time tu memang dah sebak awal awal. Keluar dewan ajak yan pi koperasi beli tisu. Huhu lagi. Lol kalau dah namanya perempuan~~

Tiba masanya kita menamatkan debaran yang sekian lama dipendam-- kata seorang cikgu.

First name was announced. Not your name.
Second name was announced. Still, not your name.
And the third. Was announced-- Saudari Nik Nur Syafiqah Syahirah.....

It was unexpected thing bila nama kau kene announced naik atas pentas. That feeling-- sangat sangat tak boleh describe. Syukur, syukur, syukur. Alhamdulillah. Mata merah dah. Orang bawah duk peghati sambil senyum senyum. Eee engko pehal v.v

Tapi kan-------- pengetua baru (baju batik hitam) sempoi gilerrrr! Time dia pakaikan selempang maroon tu, dia salah pakaikan. Pastu dia buat muka pelik bila teacher Fid betulkan untuk aku. Pastu dia gelak gelak. Comel betul perangai hahahahaha!





nahh. sis belanja gambar gambar buat kenangan di hari tua. ekeke

Awkward.



Ini-- pembakar semangat saya, yang tak pernah putus mendoakan kejayaan saya dan rakan yang lain. yang tak pernah lekang dengan senyuman manis di wajahnya. yang tak pernah culas mencurahkan ilmunya. yang tak pernah mati kata kata semangat daripada mulutnya. Moga Allah membalas jasamu, cikgu Madiah ;)

Tadaaaaa! with mrs biology iolls. 

Awkward post dengan cikgu sejarah sis. Huhu. Ini sebagai bukti kat anak anak, yang umi diorang tak minat subjek sejarah tapi rezeki dapat A. Anak anak umi patut bangga dengan umi tau. Hahahahahahaha

Dan ini-- cikgu Sharifah. Orang pertama yang ajak bergambar tanpa mempedulikan muka sis yg merah baru lepas menangis huhu. Tapi-- saat warga sekolah memandang sebelah mata, matanya tetap setia memancarkan sinar semangat buat aku-- si bukan pelajar target. Terima kasih cikgu.

First and the last selfie dengan cikgu sado-- cikgu kimia kitorang. hihi 

Rakan seperjuangan gittuw. Dan, Ainaa masih disitu-- dihati kami.

"Kalau hidup kau penuh dengan kejutan, hidup aku penuh dengan drama!"--syamiraliana 2016

warga smkfb akan merindui twin tower ni. ehihi

Ini bangla-- terima kasih sebab jadi kawan yang sangat saaaangat supportive ;)



Masihkah engkau ingat-- Ini squad yang selalu makan oreo senyap senyap dalam kelas masa kitorang form 4 (Ijat dikecualikan huhu)

Iqbal dengan muka toyanya-- yang pasti akan dirindui. Kuikui


Dan Ainaa, supposed to stand beside me ;)

Harini, memori yang dicipta, diabadikan dan dicetak dalam kepingan beku masa. Supaya apabila diingat kembali, kenangan itu akan segar dalam ingatan walaupun mungkin telah berusia.

Biar sahaja jika ada yang mengata agak terkebelakang kerana suka menulis, mewarna ataupun apa sahaja. Kerana setiap dari kita adalah berbeza dalam menghargai suatu benda.

Bukankah perbezaan itu yang menjadikan kita manusia? Perbezaan harus diraikan-- dan aku memilih untuk meraikan dengan cara aku sendiri.


GOTCHAA!
Dan. tak lupa jugak kenangan di petang hari. Terima kasih ye belanja minum, spend time borak kosong. Padahal aku yg hutang treat makan, but kau pulak yg belanja. Next time, ada rezeki jumpa lagi, my turn pulak yang belanja. InsyaAllah ;)


Salam sayang,
ex-student of 5 science 1 2015.
240316;11:11pm

Blogger madiahmath said...

Cikgu kenal yah dari 2011 sampai 2015...dan cikgu doakan ukhwah kita terus hingga ke jannah

 

Post a Comment