syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Kasut, Hujan dan Airmata.
written by //Que at 18 Mar 2014 & got 0 Comments

Kisah Dari Syurga.
Bismillah.


Aku duduk dihadapan Kak Sarah.

Dia sibuk membelek belek kasutnya yang hampir kopak.
Dia sayang.

"Tengok kasut aku ni. Bertahun aku pakai. Hari ni pulak dia nak kopak.

Haih."

Kak Sarah mengeluh.

"Belilah baru, kak. Dah sampai masa lah tu minta ditukar baru."

"Hah. Bertahun kasut ni jadi saksi perjalanan aku dengan tuhan diatas muka bumi.

Janganlah mati."

"Lagi niat dalam hati perlu sentiasa diperbaharui. Inikan kasut yang ada had hidupnya. Lagipun sekarang musim hujan, akak. Nanti basah stoking akak nanti."

Kak Sarah diam. Lama dia tenung kasutnya. Sesekali dia cuba menekan bahagian depan kasutnya yang kopak.

Dengan harapan, yang terbuka dan ternganga boleh bercantum semula.

Lama.
Lama, dia diam.

"Kasut kopak. Hujan dan stoking basah.

Sama macam kita."

Kak Sarah kembali berbicara.

Aku seakan tahu anologinya nanti.

"Apa, kak?"

Aku pura pura tanya. Ingin dengar suara dari mulutnya.

"Kejarlah dunia sejauh mana. Berlarilah dimuka bumi sederas angin, lama kelamaan kau akan penat.

Hati kau akan kopak.

Stoking basah, cuma kaki kau bisa rasa.

Hati kau penat lelah, cuma kau bisa telan. Cuma kau."

"Tapi, bukankah dunia dicipta untuk berpenat lelah?

Syurga tempat rehat."

Kak Sarah diam lagi. Dia kembali membelek kasutnya.

Sayang sungguh.

"Stoking kau basah. Lalu kau perah ke tanah, dengan harapan sang bumi akan menelan dan stoking kau bertukar kering.

Sama.

Lelah dan penat, kemana kau luah?

Pada Tuhan, bukan?
Dengan harapan Tuhan akan pegang susah mu dan berikan bahagia.

Dan hati tak lagi penat."

"Kak Sarah."

Lama aku berhenti seketika. Ibarat tak terluah kata.

Kenapa kata kata Kak Sarah kena pada aku?
Apa ini jawapan Tuhan untuk segala airmataku?

"Ingat, kita hidup bukan untuk susahkan hidup orang lain. Jangan bebankan hidup orang dengan masalah kita.

Kita ada tuhan.
Bertahan."

Tuhan,
Kata kata Kak Sarah.

Benar.

Seharusnya untuk segala penat lelah, selayaknya Allah tempat pertama untuk meluah.
Bukan manusia.

"Terima kasih, Kak Sarah."

Aku senyum pada Kak Sarah.

Dia membalas senyumanku biasa. Masih risaukan kasutnya barangkali.

"Buat apa risau kasut kopak, gam kan ada. Usah ganti baru. Baiki saja.

Nanti Kak Sarah boleh pakai semula."

Kak Sarah berhenti membelek kasutnya.

Dia senyum lebar.

"Dah lama tiada orang beri aku harapan, bahawa Tuhan itu ada.

Thanks."

Dan Kak Sarah bangun meninggalkan aku.

Berjalan dengan kasut kopak, menuju kedai runcit dihadapan kami.

"Sama sama, Kak Sarah."

...

Dan aku perlu jadi seteguh kasut itu.

Kopaklah jika ingin kopak,
kerna itu fitrah karma.

Tapi jangan lupa,
Perjalanan perlu diteruskan.

Soalnya, bertahan.

...

"Ingat, kita hidup bukan untuk susahkan hidup orang lain. Jangan bebankan hidup orang dengan masalah kita.

Kita ada tuhan.
Bertahan."