syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Saat kamu disisiku..
written by //Que at 25 Oct 2013 & got 0 Comments

Salam tulus penuh kerinduan dititipkan kepada kawan kawan yang disayangi (ceh, intro dia. tak nak kalah langsung. tapi, betul. ikhlas dari hati ni. say screaammmmm!)



"Ismi Nur Aisyah Humaira bt Muhammad, asal Melaka."

"Panggil Mai kan?" Bunyi ' wooooo' kedengaran dari sebelah sahabat sahabat muslimin. Pecah ketawa sahabat muslimat.

"Eh, suka suki hati je panggil Mai. Humaira la!. H.u.m.a.i.r.a, Humaira!" Aisyah Humaira mengeja satu persatu nama panggilannya sambil mengerakkan jarinya menulis di udara.


Permulaan aku bersama mereka, amat manis. Macam gula gula kapas. (gelak ayu kononnya) hingga membuatku mengukir senyuman jika mengenangkan kembali segala pahit manis bersama. Tika aku jatuh, mereka memberi semangat. Tika aku berada di puncak semangat, mereka mengatakan diriku hebat. Tiap salah faham yang berlaku antara kami pasti mudah diselesaikan kerana kami cukup tahu tujuan kami dipertemukan, dan kami cukup percaya pada ukhwah yang terjalin.


Permulaan penghijrahan diriku dari seorang yang agak teruk kepada yang benar benar dipelihara Allah penuh dengan ujian. Sekelip mata rakan rakan yang ku sayangi sebelum ini hilang begitu sahaja. Persahabatan yang terjalin selama bertahun tahun putus begitu sahaja dek fitnah yang dilemparkan kepada diri ini. Namun, alhamdulillah aku gembira dengan segala ujian yang berlaku, bukti kasih sayang dariNya.


Tiap kali tika sujudku, sepenuh hati diri ini merayu semoga diberi kekuatan untuk terus tabah menghadapi segala ujian yang seberat ini, sekelip mata. Ku bermohon supaya ditunjukkan kepada hamba hambaMu yang menuduh, mencaci, menghina, memaki, memfitnahku kebenaran yang terselindung..


Sungguh, Engkau sememangnya Maha Berkuasa..
Beberapa minggu selepas itu, mereka kembali menghubungiku untuk bermohon maaf yang teramat sangat kerana segala salah faham yang berlaku. Alhamdulillah.. itulah kuasa Allah dan senjata mukmin iaitu doa.


Tika ku benar benar terasa keseorangan, sahabatku mengatakan..
"Ala.. takpe Humaira.. Allah tarik sorang dari hidup kau sebab Allah nak gantikan dengan yang lebih baik, mungkin lebih banyak."

"InsyaAllah.." Humaira sekadar menarik senyum tawar.


Tidak lama selepas itu, aku diperkenalkan kepada mereka. Tika itu jualah segalanya bermula. Baru ku tahu apa erti ukhwah yang sering dibicarakan pada diriku sebelum ini. Baru ku dapat rasakan sendiri kemanisan ukhwah kerana Allah. Sungguh, segalanya amat indah kerana segalanya kerana Allah. Jatuh bangunku, mereka sentiasa di sisi. Jatuh bangun mereka, aku sering cuba untuk mengerti dan memahami.


Terlalu banyak yang ingin dibicarakan. Sungguh nikmat segalanya!


Namun...
kini segala berubah..
Diri ini mohon ampun kerana menjauhi mereka..
Tidak bererti diri ini membenci..
Cuma tidak kuat..
Mereka sering katakan kepadaku "ujian hebat untuk orang yang hebat"..
Kini aku mencari semua kehebatan dalam diriku yang hina ini..

Tidak perlu mereka risaukan tentang diri aku..
Allah ada untuk memeliharaku..
Menjagaku..
Walau sejauh mana pun diri aku dari mereka..
Mengertilah bahawa diri ini sentiasa ingin dekat dengan penciptanya..

Walau senyap mana pun diri aku pada mereka,
Mengertilah bahawa diri ini sentiasa merintih diterima supaya dekat kembali padaNya..
Walau sering terukir senyuman di bibir ini,
Mengertilah bahawa diri ini sentiasa sedih dan risau
kerana teringin sangat bersama denganNya..


Sahabat,
ujian kita berbeza..
Nikmat kita jua berbeza..
Namun, fitrah kita TETAP sama..
Tetap hambaNya yang hina..

Jadi mengertilah bahawa diri ini perlukan keredhaanNya..
Mendambakan kasihNya..
kerana di akhirat nanti ku ingin bertemu denganNya
walaupun cuma untuk seketika..

Sahabat,
Bila kamu memerlukan seseorang,
pejamkan matamu,
letak tanganmu di dada,
dengarkan degupan jantungmu,
dan berdoalah.
Rasakan aku, aku ada disitu.

Ingatlah,
diri ini sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua dunia akhirat.