syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Moment.
written by //Que at 21 Oct 2013 & got 0 Comments


Beg sekolah dicampak ke dalam raga motosikal yang dihadiahi oleh ayahnya pada hari lahirnya setahun yang lalu. Dia memandang sekilas wajahnya di cermin sisi motosikalnya. Masih merah. Dia membetulkan kedudukan agar terasa lebih selesa. Deruman motosikal kedengaran. Pantas Aisyah menunggang tanpa memikirkan  pelajar-pelajar yang sedang menjadi pemerhati setia akan segala tindak tanduknya sejurus dia keluar daripada dewan sehingga ke parkir motosikal.

'Terasa macam dianaktirikan!' jerit hatinya. Geram.

Laju dia menunggang dan untuk seketika dia berhenti di depan kedai runcit Pak Hamid. Tujuannya hanya satu, untuk membeli ais krim. Sudah menjadi tabiatnya memakan ais krim apabila hatinya sedang membara atau sedih.

Ais krim cornetto perisa vanilla dicapai di dalam peti ais lalu menuju ke kaunter pembayaran. Aisyah memberi senyuman palsu kepada Pak Hamid tanda dia sedang moody. Pak Hamid yang sudah mengenali diri Aisyah hanya memerhati kerana dia pasti yang Aisyah berada dalam zon panas. Segera dia kembali ke motosikalnya.

Usai meletakkan motosikalnya ke porch, dia menuju ke taman orkid milik ibunya. Dia sering ke situ untuk melepak atau hendak mengambil angin segar. Tapi kini, dia inginkan ketenangan selepas kejadian di dewan sekolahnya kerana taman itu seolah olah ada aura tersendiri seperti.... ntah dia sendiri tidak tahu.

'Pastinya dapat menenangkan fikiran aku seperti ibu berada disisi yang sedang mendengar luahan hati walaupun semasa ketiadaan ibu disisi,' hatinya berkata kata.

Balutan ais krim dibuka. Setelah membaca bismillah, ais krim vanilla kesukaannya disuakan ke mulut manisnya.

"Nak tahu ke pemenangnya? Haha rasanya dah boleh agak kan siapa?" masih tergiang giang kata kata cikgu Jenab yang berbaur sinis itu. Kata kata yang sedang mengetawakan si looser.

Aisyah Syakirah adalah salah satu ahli kelab gimnasrada di sekolahnya. Kelab itu baru sahaja ditubuhkan pada pertengahan tahun ini. Dia juga merupakan ketua kumpulan bagi kumpulan satu. Pada hari itu, kelab gimnasrada telah mengadakan pertandingan mereka aksi dan gaya yang menarik. Bagi mana mana kumpulan yang berjaya mereka aksi yang menarik dan dapat melakukannya dengan begitu kemas, merekalah yang menjadi pemenangnya.

"Lets discuss.. so, siapa nak share idea dulu?" Aie memulakan perbincangan.
Diam. Masing masing sedang memikirkan aksi yang menarik. Masa hanya diberi 20 minit untuk mereka dan berlatih. Sungguh kami kesuntukkan masa.

"Hmm, no ideas." Keluh si Lisa, teman rapat, Aie.

"Haa, okay kita try gaya yang ini..." Aie memulakan sesi tunjuk ajar kepada anak buahnya selepas semua kehilangan idea. Mungkin otak mereka sudah tepu, maklumlah semua budak dari kelas pandai pandai, Aie tersenyum cuma.

Kerjasama yang diberikan menyenangkan lagi kerja. Tapi yang menjadi big problemnya apabila anak buah Aie tidak berapa cekap untuk melakukan gaya gaya yang diajar Aie. Masalah kesuntukkan masa juga membuat Aie semakin buntu. Kadang kadang mata Aie dan Lisa juga menjeling kepada kumpulan dua yang sudah memulakan latihan dengan bantuan cikgu Timah.

"Aie, tengok group Huda dah start training dah. Kita? Satu idea pon tak keluar lagi, macam mana ni?" Lisa mengadu.

"Hm, tak payah tengok diorang lah. Ada masa lagi ni. Jangan give up lagi Lisa!" Aie memujuk sambil tangan memukul lembut bahu Lisa, seolah olah memberi semangat.

"Ahh, diorang ada cikgu tolong, boleh cakap lah!" dalam diam hati Aie memberontak.

'Flashback' Aie terhenti apabila menyedari ais krim yang sedang meleleh sehingga ke pergelangan tangannya. Pantas dia mengambil sapu tangan di dalam poket seluar tracksuit berwarna merah jambu berjalur biru laut. Jauhnya kau mengelamun, desis hati Aie. Segera dia menghabiskan ais krim yang berada di tangannya. Jam paris pemberian Lisa sebagai hadiah hari lahirnya dipandang, jam menunjukkan lagi lima belas minit hendak pukul empat. Mujur dia sudah bersolat zuhur di surau sekolah sebelum pertandingan itu berlangsung. Aie menoleh persekitaran rumah, tiada sesiapa. Sunyi.

Ibu dan bapa Aie keluar ke Ipoh ingin membeli barang keperluan rumah. Dia sudah dimaklumkan oleh kedua ibu bapanya sebelum dia ke sekolah. Adik Daniel juga turut ikut bersama. Serasanya abang Hafez dan kak Syaza masih berada di kolej dan akan pulang lewat petang nanti. Mereka hanya pulang awal pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Dia merenung ke sangkar burung merpati yang tergantung di depan rumah. Kelihatan burung itu sedang enak menikmati bijirin yang diberi oleh Mak Lijah setiap hari. Mak Lijah mungkin masih di dalam menyiapkan minum petang sebelum dia pulang ke rumahnya yang selang tiga buah rumah dari rumah Aie.

"Aie, dah lah tu. Jangan menangis." Lisa datang tiba tiba.
"Mana ada aku menangis." air mata diseka laju. "Aku cuma tak boleh lah orang tak adil ni. Pilih kasih! Lepastu nak marah marah tiba tiba." Aie menahan marah. Dia terimbau kembali peristiwa dia dan rakan rakan dimarahi cikgu kerana lambat mempersembahkan aksi mereka dan menyebabkan mereka membuang masa guru guru dihadapan.

"Group diorang lah yang menang, aku dah boleh agak dah." Ieqa memberi pandangan dan semua mengiakan. Termasuk Aie sendiri. Ternyata Aie juga turut berputus asa kerana sikap cikgu Timah yang berat sebelah. Sakit hati Aie apabila dia melihat cikgu Timah tersenyum sinis memandang kepada kumpulannya yang akan terungkur kekalahan.

Agak malang kerana kumpulan satu yang akan beraksi dan diikuti dengan kumpulan dua. Cikgu Timah sudah mula memanggil manggil kumpulan Aie supaya bersedia.

"Hey Aie, aku nak tengok kau punya gaya. Mungkin boleh kalahkan kumpulan aku," angkuh Huda berbicara. Kata katanya lebih kepada menyindir.

'Bangga tak bertempat.'
Aie hanya tersenyum walaupun hatinya bagaikan terhiris dengan kata kata Huda itu. 'Ahh! Bising lah kau Huda, kumpulan kau ada cikgu Timah yang pilih kasih nak tolong kau! Kalau tak, nasib kau tak ubah dengan kumpulan aku.' Hatinya memberontak kerana tidak setuju dengan sikap yang ditunjukkan cikgunya itu.

"Jom lah. Cikgu dah bising, kita buat je apa yang rasa nak buat." Lisa memberi cadangan.

"Aku rasa baik kita semua surrender daripada buat gaya ntah apa apa. Buat malu je nanti." ujar Ieqa. Pada mulanya, Aie memang ingin menarik diri. Tapi setelah mendengar ugutan cikgu Timah, terbantut niat aie. Aie tiada pilihan...

"Lah, itu je? Sekejapnya. Haha" komen cikgu Jenab sebagai juri pertandingan diikuti dengan gelak tawa cikgu Timah. Menyindir.

Lagi menyakitkan hati apabila cikgu Jenab turut menyebelahi kumpulan dua.

"Ya Allah. tingkatkan kesabaranku." bisik Aie perlahan sambil memandang ke bawah, menahan malu. Tepukan gemuruh (lah sangat) kedengaran selepas kumpulan dua beraksi. Semasa berjalan ke tengah dewan untuk berkumpul, Aie bertanya. "Merah lagi ke muka aku?" Berkali kali kepada Lisa dan Ieqa. Mereka berdua ketawa kecil melihat gelagat si Aie yang kelam kabut. Dalam pada itu, sempat juga Aie berpesan kepada setiap ahli kumpulannya.

"Ingat, jangan menjawab kalau cikgu kata apa apa. Dia tetap cikgu kita dan kita kena hormat even we knew what they had done to us", lembut Aie berpesan.
Setelah duduk berkumpul, Aie hanya bermain dengan jari jemarinya. Tidak sanggup memandang muka muka si pilih kasih! Terkejut Aie apabila cikgu Jenab bertanya apa sudah jadi dengan kumpulannya.

"Haha no ideas cikgu. Lagipun kami kesuntukkan masa", komen Aie sambil melemparkan senyuman yang dibuat buat.

Aie tidak ambil pusing apa yang dikatakan oleh cikgu di hadapan. Serasanya dia tidak betah untuk duduk di situ. Fikirannya sudah kusut dan dia memerlukan ketenangan. Hatinya geram tapi apa sahajalah yang mampu dia lakukan. 'Mereka tetap cikgu dan harus dihormati.' hatinya berpesan. Lagi sekali Aie terkejut apabila namanya disebut sebut.

"Aie, jangan sedih ye."

'Wah, sinisnya!' gerutu hatinya.

"Eh, taklah cikgu. Penat je." Dia menipu lagi.

Huda menjeling sambil tersenyum sinis ke arah Aie apabila namanya diagung agungkan sebagai peserta terbaik dan berkebolehan. 'Sekali sekala kalah bermaruah takpe, Aie' sabar Aie menasihati dirinya.

Teguran Mak Lijah membawa Aie ke dunia realiti. Lamunannya mati dengan segera. Jam hampir menjejak ke pukul 4:30 petang dan dia belum bersolat Asar. Lama sungguh dia di taman itu. Mak Lijah memanggil Aie untuk masuk ke dalam selepas dia menyedari Aie lewat masuk ke dalam rumah. Risau sungguh Mak Lijah. Sangkanya Aie masih belum pulang dari sekolah.

Suara O.A.R dah mengganti suara David Archuleta. Bass dari Love and Memories mula menendang gegendang telinga. Aie menarik senyum sumbing tanpa sedar. Let me hear those noise. Hujung telunjuk menekan volume MP3 sehingga meletup di telinga. Bilik tidurnya yang tadi sunyi sepi terasa bergegar, namun air mukanya tidak merubah dan en di tangan berlari terus.

Lovely, you're always lovely
A vision
You  were the one
Now I am stuck inside a memory
You forgot about our destiny
You buried me
Didn't you?

Did'nt you
Love me faster than the devil
Run me straight into the ground
Drowning deep inside your water
Drowning deep inside your sound

Tersentak Aie apabila bahunya dilanggar kasar si Huda. Gayanya seperti sengaja. Huda lantas memohon maaf yang dibuat buat. Selepas itu, Huda mengangkat tangan memberi isyarat tanda menggelakkan si looser. ahh, geramnya!

O.A.R masih kedengaran. Aie pantas mengawang awangkan kedua belah tangannya supaya delete moment yang menyakitkan hati!

You are always floating
A vapor
That I couldn't see
Here I am stuck inside a yesterday
Everything has given way
You fell from me
Didn't you

Didn't you
Love me faster than the devil
Run me straight into the ground
Drowning deep inside your water
Drowning deep inside your sound

Pen di tangan diputar tanpa tujuan. Fikirannya menerewang entah ke mana. Aie mengeluh perlahan. Ok... dah tu! Aku tak boleh nak bagi tumpuan dah. Buku biologi dihadapannya ditutup dan diletakkan di atas rak. Pen di tangan dicampak terus ke dalam pencil case berwarna violetnya. Mata yang pedih digosok dengan telunjuk. Aie menjeling jam di tangan. Dah dekat nak pukul 10 malam dah... patut lah mengantuk.

Love me faster than the devil
Run me straight into the ground

Aie menggeleng perlahan sambil bangun. Kerusi ditolak kebelakang. Headphone dikepala ditanggalkan.

Drowning deep inside your water
Drown in  love

.....and memories. Nyanyian O.A.R terputus. Lampu meja belajar dimatikan. Lambat lambat dia meninggalkan meja belajar sambil meregangkan tangan ke depan dan melangkah ke katil. Tubuh direbahkan sambil menarik patung Minion ke dalam pelukan. Selepas beberapa saat, dirinya terasa sebak. Tanpa sedar, air mata menitis dan mula membasahi bantal (hello kitty) nya.

Perlu menangis? Aie menarik senyum kelat. Aisyah tak pandai menangis, sorry. Namun dada terasa sebak juga. Entah kenapa perlu rasa begitu, dia sendiri tidak pasti. Tiada sebab untuk kau down sebab benda ni, Aisyah. Aie menarik nafas berat. Perlahan dia memintal rambut sambil merenung kosong ke luar tingkap. Kenapa perlu rasa macam ni, Aisyah?

Kaki dilunjurkan dan tubuhnya lambat lambat disandarkan ke kepala katil. Patung Minion masih di dalam pelukan. Ya Allah.. Aie sedih. Perlahan dia menggigit bibir bawah. Nafas panjang ditarik. Kebiasaan yang tak pernah berubah sejak dulu sampai sekarang, mengadu pada Dia tanpa sedar. Bibir mengukir senyum tawar. Teringat kata kata ibu...

     When we want to talk to Allah, we pray and say prayers. When we want to hear Allah talk to us, we read the Quran. Syah kene berdiri atas kaki sendiri sebab ibu dan abah bukan menongkat dunia.

Dan mungkin kerana dibesarkan dengan cara begitu yang buat dia payah menerima dan meluahkan perasaan? Mungkin. Segalanya mungkin. Aie memejamkan mata sejenak. Teringat bayangan siang tadi. Rasa berbuku kembali bertendang di dada.

Aie, ni perkara kecik je ni
Thats because you are always so hard on yourself.

Dia mengangkat pandangan menengadah siling. God, I need you. Lambat lambat tangannya mencapai tafsir al-Quran di atas meja di tepi katil. I believe in you, ya Hakeem. Hujung jemarinya membuka tafsir berwarna merah jambu pemberian kak Ita, kakak angkatnya. Terhenti matanya pada ayat pertama yang menyapa pandangan.

Hati terasa sejuk dipujuk al-Baqarah : 216, menusuk ke hati.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."

Tanpa sedar bibir mengukir senyum nipis dalam sebak. True. God's Love Letters Compilation is the best balm, given anytime.

------------------------------------------------------------




Sebenarnya aku tak pandai pon menulis... cuma menulis bagi aku adalah satu cara untuk berkongsi dan meluahkan rasa. Sebab aku takde siapa nak dengar luahan hati tapi aku masih okay J






Bad liar!