syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

//Dealing with Pain
written by //Que at 1 Jul 2013 & got 0 Comments


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

picsandquotes:

Click here for more!

"Janganlah bersedih terhadap apa yang terjadi dan janganlah terlalu gembira dengan apa yang diperolehi. Hal ini kerana kebahagiaan yang hakiki mungkin hadir pada hati yang bersedih dan sebaliknya, kesedihan mungkin datang mengisi hati yang sedang berbahagia."-unknown.

Aku yakin, semua orang pasti pernah melalui kesusahan. Dan sekarang aku dapat rasakannya. Aku tahu memang agak sakit  dan tempat kita mengadu hanyalah pada Allah. Disaat aku perlukan semua orang, semua orang hilang entah kemana. Aku cuma perlukan seorang sahabat yang boleh dengar kisah aku.

Aku bukan nak menuduh tapi aku pasti itulah kenyataannya. Aku perlukan kata-kata sokongan bukan sindirian terus menerus yang boleh 'membunuh' perasaan aku. Aku kurang pasti. Aku tahu teman-teman aku semua punya ilmu yang tinggi, akhlak yang baik dan sebagainya. Tapi masih kurang mengerti.

Ya Allah, baru sekarang aku tahu antara mana kawan atau lawan. Yang dulunya pernah meluahkan perasaan padaku saat baru-baru berhijrah. Aku menjadi pendengar setianya tapi disaat aku perlukan sokongan, semua hilang. Kecewa.

Aku bukan mintak balasan tapi inikah yang dipanggil 'sahabat fillah'?


Aku rasa mahu menangis bila menghadapinya. But its okay to cry, right? Saat aku berbiacara benar, dia hanya memberi aku sindiran. Inikah ujian daripadaMu, ya Allah?

Aku memohon semoga aku sentiasa diberi kekuatan untuk menghadapinya. Aku yakin selepas ini 'engkau' akan lebih bahagia tanpa aku disisi. Aku sentiasa mendoakan kejayaan kamu dunia dan akhirat. Harap kau tidak terleka. Terima kasih atas segalanya sahabat. Aku bertuah kerana mempunyai sahabat seperti kau. Alhamdulillah. Jalanmu sentiasa siiringi daripada aku.

Mungkin ada beberapa perkara yang aku perlu recheck.

      1. Niat
      2. Hubungan dengan Allah
      3. Hubungan dengan ibu bapa
      4. Hubungan dengan guru
      5. Hubungan dengan kawan kawan
      6. Ibadah

Walaupun bukan segala galanya tapi dengan tawakkal datang juga bersangka baik pada Allah, dan yakin bahawa yang belaku, InsyaAllah semuanya yang terbaik untuk kita.

The point is, Allah itu Maha Adil. Dan adil tak bermakna kita akan dapat apa yang kita mahukan tapi apa yang kita perlukan. Allah juga takkan sesekali membebankan hambaNya luar dari kemampuan mereka.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." -Surah Al Baqarah; 216.

WaAllahualam, assalamualaikum.