syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan! xx
written by //Que at 9 Jul 2013 & got 0 Comments


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




Selalunya apabila Ramadhan menjelma, ramai yang akan berpasang niat untuk mengubah diri mereka untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Walaupun aku berfikir niat tersebut sepatutnya ada setiap masa (kerana maut tidak mengenal usia), tidak dinafikan bahawa bulan Ramadhan wajar dimanfaatkan sebagai salah satu platform untuk kita memperbaiki diri sendiri.

But how?

Kesedaran
Perubahan bermula dengan kesedaran; sedar bahawa ada perkara dalam diri yang hendak dan mesti diubah. Mana mungkin kita boleh baiki kereta kita yang rosak, jika kita tidak sedar bahawa ia rosak dan bahagian mana yang rosak.
Bagi diri kita, mungkin kesedaran ini datang setelah kita refleksi diri. Mungkin juga kesedaran ini datang setelah seorang hamba Allah points out sesuatu mengenai diri kita yang wajar diubah.
Kesedaran ini akan membawa kepada niat untuk berubah.

Tindakan
Seperti yang dikatakan sebelum ini, niat sahaja tidak cukup. Apabila kita berdiri di hadapan Allah dan Allah persoalkan mengapa kita tidak berubah (sedangkan peluang itu ada), apakah cukup dengan kita berkata, “Ya Allah, aku sudah berniat dan selepas itu aku tak buat apa-apa!”
Apakah tindakan susulan kita?
Jika kita sedang terjumpa batu besar di tengah perjalanan dan hanya berniat sahaja untuk mengalih batu tersebut, sudah pasti batu tersebut tidak akan ke mana. Kita juga tidak akan ke mana.
Jika kita sedar bahawa kita perlu mengubah sesuatu tentang diri kita, kita sepatutnya merasakan ia satu tanggungjawab ke atas diri kita sendiri untuk bergerak dan tidak duduk bersahaja.

Resolusi Ramadhan
Sempena Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi (semoga Allah memanjangkan umur kita), jom kita ambil peluang ini untuk bergerak setapak lagi ke arah menjadi diri yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita tidak perlu bergerak sama laju; lain orang, lain kelajuannya. Tapi kita perlu bergerak menuju arah yang sama dan kita bantu satu sama lain untuk menuju destinasi kita.
Aku cadangkan setiap daripada kita (bermula dengan diri aku sendiri) list down resolusi-resolusi Ramadhan masing-masing; apakah goals kita dan bagaimana kita hendak mencapainya.

Sebagai contoh,
Goal: Menghafal 3 surah baru daripada Juz 30.
How: Menghafal satu ayat sehari.

Goal: Mengenali Rasulullah dengan lebih mendalam.
How: Membaca separuh bab sehari daripada The Sealed Nectar.

Goal: Merapatkan hubungan dengan keluarga.
How: Menyediakan iftar bersama-sama dan taraweeh di rumah bersama-sama.

Goal: Makanan sihat.
How: Masak sendiri, gunakan pinggan kecil supaya tidak makan banyak.

Goal: Berhenti merokok.
How: Buang semua rokok yang ada, berkawan dengan mereka yang tidak merokok.

Goal: Kurangkan mengumpat.
How: Kurangkan bercakap, banyakkan berzikir. Jika mengumpat, akan derma RM10.

Goal: Kurangkan TV.
HowUnplug TV, letak dalam kotaknya, dan simpan dalam almari.

Senarai di atas hanyalah contoh untuk memberi pencerahan tentang apa yang maksudkan dengan resolusi Ramadhan. Tidak semestinya kena ada banyak perkara. Jika kita hanya mampu mengubah 1 perkara sahaja, itupun sudah dikira sebagai satu kejayaan yang wajar disyukuri.
Semasa kita cuba melaksanakan resolusi Ramadhan kita, kita mungkin dapati bahawa goal yang kita letakkan itu agak sukar untuk kita capai. Mungkin goal kita itu terlalu besar buat diri kita.
Maka, kita buat adjustment kepada goals kita. Jadikan goals tersebut lebih realistik buat diri kita.
Jangan kita cepat putus asa. Kita bergerak dalam kadar masing-masing. Ada yang bergerak laju, ada yang bergerak perlahan. Isunya bukanlah kelajuan. Isunya ialah arah. Asalkan kita bergerak ke hadapan menuju destinasi yang benar, maka kita berada dalam keadaan yang baik Insha Allah.
Proses perubahan ini mencabar dan ia harus dilalui dengan sabar.
Mengubah diri tidak mudah, tapi ia juga tidak mustahil.

Ramadhan Kali Ini
Ramadhan merupakan bulan transformasi. Jika kita masuk dan keluar daripada Ramadhan orang yang sama, maka kita telah sia-siakan Ramadhan kita.
Umpama kereta kotor berlumpur yang masuk ke car wash, tetapi masih berlumpur jua setelah keluar. Sia-sia sahaja masuk car wash. Melayang pergi duit kita.
Ramadhan datang dan pergi. Terpulanglah kepada kita untuk memerah sebanyak mungkin barakah daripadanya selagi mana Ramadhan masih bersama dengan kita.

Ramadhan kali ini, jadikan ia bermakna.
Jadikan ia awesome!