syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Ihtifal.
written by //Que at 16 Mar 2013 & got 0 Comments


Bismillah, assalamualaikum. 


Aku tak nak update tapi aku entah kenapa boleh sesat ke sini sebab aku tak sabar nak ceritakan pasal hari ni. Hari ni aku tak masuk sekolah aku. Masuk.Tapi setakat berapa jam je. Pukul 8.30 dah keluar bertolak ke SMA Daerah Batang Padang (SABK) Bidor. Sekolah tu, kalau tak memang aku dah lama berkampung kat situ. Aku pernah dapat tawaran bersekolah dekat situ. Bukan aku tak suka, cuma ada sebab-sebab tertentu yang buat aku fobia nak pilih sekolah tu. Lol -.-

Masa lepak tunggu ustaz kat parking kereta cikgu, ustaz Zul pon datanglah dengan kereta dia. Ada dua laki, Epul senior aku, Ali junior. 4 muslimah, eceh. Aku, Maya, Mira dengan sorang senior, kak wani. Laki duk belakang, means tiga tengah, sorang depan, sebelah driver. Aku taknak duduk depan, takleh sembang. Lainlah dengan ustaz Ghaz, aku kamceng dengan dia. Tapi dah ditakdirkan ustaz Zul bawak kitorang en, haha. Semua berebut duk tengah, yang Mira lambat nasib dialah kene duk depan. 

Sampai sana kira-kira nak dekat pukul 9 la jugak. Kitorang yang pergi dulu sebelum ustaz Ghaz, tengok tengok ustaz Ghaz yang sampai dulu. Fulamak, dia drift kepe. Laju woh. Haha. Masa aku masuk pagar sekolah tu, pergh rasa terasing +++ sebab dengan cara pemakaian aku ni jauh berbeza dengan mereka semua. Semua bertudung labuh aku ,,,, jangan cakap la. Aku hengat tudung yang aku tempah tu dah siap sebelum aku pergi ihtifal ni. Rupanya orang tu tak siap lagi. Hmm It's okay. Cuma aku tak sabar nak berimej baru. Bukan senang kan? Ustaz suruh kitorang pergi berdaftar dekat satu macam astaka (?) kot. Memang sesak okay. Dah la bertangga. Tak pepasal memasal aku jatuh terlentang, nanye aku cover cun. Aku terpaksa mengharungi pelbagai jenis manusia dekat situ. Memang tarik nafas habis-habisan sebab nak kecilkan badan. Okay, ini memang gebang. Hah. Lagi satu, aku jumpa kawan aku masa sekolah rendah. Dia sebelah aku je kot. Kitorang cuma salam dan cakap hai. Kawan aku yang sekolah sekarang ini cakap "Itu je yang ko cakap." "Habis tu?" Aku ni memang teruk bila bab macam ni. Sila jangan paksa.

Then, bila dah daftar nama dan member-member aku yang lain, apa lagi jalan-jalan cari tempat yang nanti kitorang bertanding. Sekolah tu kecil je. Lagi kecil dari sekolah aku. Rupanya dekat kelas ape ntah, aku lupa. Mula-mula pergi macam... betul ke tempat ini. Pehal aku berdua dengan kawan-kawan aku je. Tapi kitorang tetap duduk dekat bangku yang disediakan tu. Lepas tanya seorang akak ni, barulah aku tahu. Kena masuk laluan pelajar lelaki. Pergi la juga kan. Mula pertandingan memang lambat. Dengan tak sarapannya lagi, aku pon ajak lah junior aku yang sorang ni pi kantin. Turun tingkat bawah jap, nak tengok Maya, classmate aku. Dah Maya pon turn last sekali, sama macam aku. So, ajak sekaki lah dengan dia pi makan. Ustaz bagi lima hengget sorang untuk beli makanan. fuhh, jimat duit sepuluh ringgit yang abi bagi pagi tadi. haha, alhamdulillah. 

Lepas kenyang makan, pi tunggu balik kat tempat tu. Then, bila dapat tahu yang alQuran tak disediakan, terkejut aku dengan Mira. Hahh, time tu baru menggagau (?) cari. Pi tanya ustaz, ustaz suruh pinjam kat surau sekolah tu. Aku pon dengan rela hati, pergilah jugak. Sampai sane, tengok ramai gila pelajar. Aku dah lah malu, nak cakap dengan sape kan, takkan nak redah je kot. Hihi, alhamdulillah muncul sorang hamba Allah datang nak tolong. Eh, sape je. Kawan sekolah rendah aku, dia sekolah kat situ. Saliha namanya. Memang nasib baik gila lah. Lepas salam peluk dia, well, rindu kot. Dia tanya aku buat ape kat situ. Heykakak, ofc lah dtg utk ihtifal ni, takkan tak tahu kot :3 Then cerita lah kat dia, dia gelak je. Baik hatinya, dia bagi pinjam tafsir dia. Heheh. Selesai masalah :D

Tunggu punya tunggu, tibalah turn aku. Hahak. Aku jumpa ustazah Marina. Mak kepada bestfriend aku masa sekolah pafa kecik kecik dulu. Najla. Hehe, aku tak pernah lupa dia sampai sekarang tahu. Dia cuma muda setahun dengan aku. Dulu memang kami rapat lah, tapi sejak dia pindah, terus lost contact. Tapi, its okay. Jauh dimata, dekat dihati. ceh. haha. Sembang dengan ustazah kejap, hilang sikit gugup. Masuk je depan para juri...... nasib semua baik. haha. Tapi syukur aku boleh jawab walaupun aku tak masuk ujian saringan. Maknanya aku tak menang le tu.

Dah habis turn aku, turn member member aku, cuma tinggal Maya sorang je tak sesampai lagi turn dia untuk hafazan. Hahaha terpaksa lah tunggu. Takkan nak tinggal kot en. Last last, Maya pon tak masuk ujian saringan. Bukan rezeki. Dah habis, semua tunggu kat kereta. Aku lambat sikit, sebab jumpak kawan sekolah sekolah rendah. Aku jumpa Saliha, Aiman, Rafiq sombong, dan budak smkba sorang ni. hahah lol. Disebabkan aku yg lambat, diorang semua dah cop tempat. So, aku lah jadi mangsa kene duk depan, sebelah driver -.- Hampeh punya Mira. 


Peserta ke 44. Peserta yang terakhir. Best gila dapat last last ni. Takde ahh nervous sangat :D

THE END.