syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Maafkan Semua Orang
written by //Que at 28 Dec 2012 & got 0 Comments


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum reader(s),

Sesungguhnya diri ini hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan dan kadang-kadang terlalu mengikut hawa nafsu. Astagfirullahalazim. Semoga ALLAH sentiasa mengampunkan dosaku yang lemah ini.

Ikhlaskah kita andai kita memaafkan seseorang itu? Atau kita hanya sekadar berkata. “Ye, saya dah maafkan segala kesilapan awak”. Cukupkah hanya dengan kata-kata ini menandakan kita sudah rela untuk memaafkan mereka? Semoga kita semua dapat mengikhlaskan hati, memaafkan mereka. Susah untuk kita memaafkan seseorang tetapi tidak mustahilkan kita dapat memaafkan orang tersebut?

INSYALLAH, memang sukar untuk kita memaafkan seseorang tetapi kita juga harus ingat bahawa kita juga sering melakukan kesalahan dan pastinya kita ingin orang tersebut memaafkan kita. Jadi, kita ambil ikhtibar dengan situasi ini. Jika kita menginginkan orang lain memaafkan kita, kita juga harus melakukan perkara yang sama.

Ingatlah kita sebagai manusia, bahawa ALLAH itu Maha Pengampun terhadap hamba-hambanya. Jadi kita sebagai hamba hendaklah sentiasa memaafkan orang lain andai inginkan hidup sentiasa di berkati di dunia dan juga di akhirat.

Jadi, maafkanlah segala kesalahan mereka sebelum kita melelapkan mata dan pohonlah kepada ALLAH semoga mereka juga melakukan perkara yang sama iaitu memaafkan kita juga.

 Peringatan ini lebih kepada untuk diri saya sendiri yang sering melakukan kesilapan. Assalamualaikum.