syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

We Gonna Miss You, Cikgu Akma.
written by //Que at 2 Nov 2012 & got 0 Comments


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum semua :) Fuhhh *tiup blog* Dah bersawang blog ni. Banyak sangat habuknya. Haha, cer usha sikit last entry Nik bila? 9/10. Harini 1/11. Perghh, lamanya tak update ._. Nik pon tak tahu kenapa dah lama Nik tak update entry. BUSY? ade la sikit, SIKIT je tak banyak. MALAS? haaa maybe lah :p EH, actually bukan bende tu yang Nik nak cerita kalini. It's about my practical teacher.

Tahun ni, ade 7 orang cikgu praktikal. Tapi, sorang je cikgu praktikal yg ajar kelas Nik. Tu yang nampak special sikit entry ni :* Cikgu praktikal lain semua dah habis berpraktikal, tapi 2 orang cikgu ade lagi seminggu atas sebab-sebab tertentu. Salah seorangnya, cikgu Akma. Cikgu ni ajar kami subjek KH :3 First time cikgu masuk kelas kami, teserlah gila kecuakan cikgu :p Tapi, sekarang cikgu dah biasa dengan kami yang perangai gila-gila ni kan kan kan? Kami selalu buli cikgu *gelak jahat* hehe. Cikgu, kami tak jahat. Kami cuma nakal je ;p

Disebabkan minggu ni last, so pagi tadi kami satu kelas belajar dengan cikgu buat kali terakhir :/ Eh, tak belajar pon. *gelak jahat* Kami buat private farewell ceremony dekat bilik tayang. Kat sana, cikgu tayangkan gambar-gambar time diorang pergi Sarawak. Haaa, sebab tulah cikgu ade lagi seminggu kat sekolah kami :) Lepas tu, cikgu play video pasal sekolah. Gambar budak-budak kelas cikgu ajar ade, gambar sekeliling sekolah ade, gambar cikgu-cikgu praktikal yang lain pon ade. Macam-macam ade, dengan diiringi lagu sedih lagi. Alaa. Alaa *kesat air mata*

Lepas tu, cikgu suruh kami satu kelas nyanyi untuk cikgu. Kami tak tahu nak nyanyi lagu ape. Anis suggest lagu Officially Missing You. Tapi, cikgu tak dengar sebab budak laki bising :'3 Yang Nik pulak tak tahu kenape bila Anis sebut je lagu tu, terus rasa nak nangis. Nasib baik ade bawak tisu ;) Lagi? Cikgu ade play lagu Salam Terakhir, lagu-lagu perpisahan dan ... alaa, ape eh nama lagu tu. Tak ingat lah, eh tak tahu sebenarnya. Yang Nik tahu, lagu dia ada ala-ala macam LAGU NI. I can fly, I'm proud that I can fly~ ;')

Cikgu Akma pon ade bagi hadiah tanda kenangan. Walaupun tak seberapa, bagi kami teramat lah istimewa. That thin' ade lagi, tersimpan rapi dalam kotak pensel. Sebab nanti bolehlah selalu ingat Cikgu Akma bila nak ambil pen or what else dalam kotak pensel tu :') Lepas tu, cikgu peluk kami (budak perempuan). Time tu, yang tak menangis pon menangis tau :'( Yang Nik memang dah tersedia menangis dah pon. Penuh tisu dalam poket :3 Cikgu kate tadi, "Kamu jangan nangis depan cikgu, cikgu tak boleh tengok orang nangis depan cikgu." Lagi lah rasa nak nangis :') Kami sayang cikgu. *kesat air mata lagi*

Hmmm, to Cikgu Akma. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengajar saya dan classmates yg lain. Halalkan segala ilmu yang telah cikgu curahkan kpd saya. Sepanjang perkenalan kita, maafkan segala kesilapan pertuturan atau pelakuan saya yang mungkin telah melukakan hati cikgu dan doakan kejayaan saya dan kawan-kawan for last PMR tahun hadapan. Especially subjek Kemahiran Hidup :')

Esok cikgu pon dah nak balik Kelantan kan? Hmm, cikgu jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa kami kat sini. Kalau ade masa terluang, InsyaAllah saya pergi ziarah cikgu kat sana ye? Kat Kubang Kerian kan? Alahh, dekat je dengan Kota Bharu tu :) Nanti, kalau dah nak kahwin jangan lupa jemput kami satu kelas jugak tau :p *gelak jahat* haha, baru je tadi mintak maaf :3 Niat ingin bergurau je cikgu *kenyit mata*


Dari Kiri ; Cikgu Akma, Cikgu Hazimah, Cikgu Hazwani, Cikgu Hakeem, Cikgu Munirah, Cikgu  Syikin dan Cikgu Atikah :')


Them. With Cikgu Akma without me.


Am tu tak tahu lah kenape -.-


Dari atas ; Dawi, Naem, Adam, Saiful, Nabil (yang tak nampak tu, haha kesian dia), NK Nizam.
Kedua atas ; Fikri, AnisSyahirah (ME), Iqbal, Lut, Haziq, A'an.
Tengah ; Nizam, Roqiyah, Syamira, Siti, CIKGU AKMA, Lina, Syikin, Nabiha, Amira, Fizah, Maya dan Nurin.
Depan ; Ikhwan dan Amran.

Kami sayang cikgu. Cikgu jangan lupakan kami ye? :*

That's all. Assalamualaikum *kesat air mata*