syeghahuhiho ; fsy
" You would never see the stars without darkness. "
DiariesAboutLinkiesTutorialLove















Syeghah
//Ahlan Wa Sahlan ;


She never looked nice. She looked like art, and art wasn't supposed to look nice; It was supposed to make you feel something.


Tagboard
//Your fingerprints ;

♦ Your URL blog only not email !!
♦ Harsh words & Anon not allowed
♦ Click HERE to read



Click Click
//Sharing is Caring ;

1 2 3 4
Do click if you dont mind. I gonna show you something.

Followers
//Lalalala ;


Memories
//Blog Archive ;

Tinggal Kenangan
written by //Que at 30 Jul 2012 & got 0 Comments


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum. 29 Mac 2012. Tarikh permulaan kami berdua. Saya masih ingat. Haritu, saya baru siap mengedit blog. Then saya share link di FB, tanya pendapat kawan. *Maaf, link sudah tukar* Saya pon tak tahu macam mane dia boleh friend dengan saya. Tak kenal pon, maybe selama ni masing-masing 'sombong'. Haha. Dia comment plus share url blog dia. Lepas masing-masing dah jadi follower, ingatkan tegur sampai situ je. Rupanya dia dengan tak malunya IM saya " we ko hebat ka pasal blog ne ". Bahasa kurang sopan dan tiada ucapan salam tanda permulaan. Dalam hati saya ketika itu, nak reply taknak, nak ke taknak. Kalau tak reply, nampak sangat sombongnya. 

Akhirnya, saya layan jugak insan yang bernama Adam ni yang tak henti-henti terus bertanya dan minta saya menjadi guru part time dia untuk mengajar pasal blog ni. Memang tak dinafikan, saya ni tidaklah berapa mahir dalam bidang blog ni. Tetapi, dengan ilmu yang sedikit ni, tak salah kalau saya terus berkongsi ilmu kan ? Saat itu, kami berdua berkawan dan gunakan "aku,kau" je. Saya seronok kawan dengan dia sebab dia ni memang minat gila pasal blog bagai ni. Senang sembang pasal blog dengan dia. Kalau nak sembang dengan kawan-kawan saya pasal blog ni, memang akan cepat bosan. Tapi, dengan dia. Rasa excited menguasai diri tahu ? Dan yang paling penting, dia kelakar. Selalu gelak bila baca IM dia yang banyak typo tu >.< Kelam kabut sangat. Dia ni terlalu mesra alam, semua nak bersayang-sayang bagai. Saya pon kena sekali -.- #TheAwkwardMoment. Kesian girlfie dia, terpaksa tahan kejelesannya :3 

Sampai satu tahap tu,dia IM saya. Kate saya dah sombong, lepastu terus tak bertegur. Lama jugaklah tapi, tak sampai seminggu ponn. Tanya khabar. Kononn. Sembang lebih. Lepas tu, dia double triple mesra alam. I means bersayang bagai. Memang masa tu, agak rimass plus geli. Dan pada 23 April 2012 , bagi memendekkan cerita KLIK SINI. okey ? Read it ! Time tu, ingat nak rahsiakan dulu dari pengetahuan besties saya. Tapi, rahsia terbongkar jugak pada 25 April 2012. Macam mana boleh.. ? Haaa, haritu sekolah kami masuk pertandingan choral speaking version Melayu. Saya tak join, cuma besties saya je. Kebetulan, Adam pon join sama. Adam kasi 'surat cinta' kat besties saya then pass dekat saya. Bila besties sampai sekolah, haa ! Diorang kasi surprise. Tadaaa ! Terbongkar sudah. 

Pada 1 Mei 2012 kami buat relay dekat facebook. Tapi, relay tu hanya bertahan hanya satu hari. Keesokannya, relay dah hilang. Alasannya dia masih sayangkan ex dia. Dan saya amat kecewa dengan dia. Kalau dia still sayangkan ex kenapa perlu mainkan perasaan orang lain yang sekali gus menjadi mangsa keadaan. Lepas tu, kami buat balik relay tu.Ntah kenapa, saya macam nak taknak je layan dia. Mungkin luka dulu masih tidak terubat, ditambah lagi luka yang dah sedia ada. Sejak kejadian tu, saya selalu melambat-lambatkan masa untuk reply semua IM dia. Maafkan saya. Lepas tu, kami seperti biasa cuma adalah sikit gaduh-gaduh manja :3 Biasalah, orang bercinta. Time tu rasa macam kita ni orang yang paling bahagia dalam dunia. Feel heaven lah kan.



Cinta Blogger. Ya, mungkin itu adalah perkataan sesuai bagi cinta kami. Dari dulu masa kami kenal, semuanya tentang blog. Tapi, saya tak kesah. Saya anggap itu semua biasa je :) Tapi, cinta itu tak berkekalan. Terputus di tengah jalan. That's moment, dia ada masalah. Tapi, dia tak nak share dengan saya. Jadi, saya ditinggalkan macam tu sahaja. Seperti permainan dicampak selepas bosan bermain. Sejak 14 Jun 2012, saya tak tahu ape status saya. Tak lama selepas itu, dia muncul kembali dengan harapan dapat re-relay semula. Saya jugak tak faham kenapa saya boleh terima dia masuk balik dalam kehidupan saya. Keliru dengan perasan sendiri. Walaupun bergelar status "in a relationship" pada 14 Julai 2012, saya seperti berkawan biasa dengan dia. Lebih banyak bergaduh dan saling sakit-menyakitkan hati masing-masing berbanding sweet macam dulu. Selepas saya menyatakan yang dia tidak pernah mengaku saya girlfie dia, saya ditinggalkan sekali lagi pada 29 Julai 2012. Senang saja dia pijak-pijak hati saya seperti tiada nilai. Mencari saya pabila tiada teman, tinggalkan saya pabila sudah berteman. Mungkin selepas ini, tiada lagi cinta dalam kamus hidup saya selepas saya berjaya mengenggam segulung ijazah :') InsyaAllah. Bukan kerana takut dikecewakan, tetapi Demi Redha-Mu. Memang terkesan dalam diri saya bila baca setiap maksud yang tersirat. 

Takdir yang menentukan pertemuan yang tak di sangka,
takdir jua yang menentukan perpisahan kita.

Siapa sangka, permulaan dan pengakhiran kisah ditamatkan dengan numbor 29. Semua tarikh perlu diambil perhatian. Kebetulan atau takdir ? Selepas ini,mesti belajar hidup single macam dulu dan mungkin ia agak sukar. Antara faktornya, dia ade kembar kat sekolah saya -.- Dah lah kurus pon kurus, tinggi pon tinggi. Aarghh !! Memang clone dia agaknya. 

Bukan mudah untuk tinggalkan awak, tapi untuk dia, saya sanggup lakukan, walaupun nanti hati saya akan sakit sangat. Saya lepaskan awak dengan bismillah. Semoga awak bahagia disamping orang yang tercinta. Aminn~ Kalau saya boleh putar balik masa, saya akan teruskan untuk berkawan dengan awak tanpa ada sebarang perasaan pon. Itulah yang terbaik dan saya rasa kita boleh berkawan selamanya. Betul dak weh ? Maafkan saya jika terkurang kasih dan maafkan salah dan silap saya. Assalamualaikum.

*Abaikan, it's over*